Oleh : Anis

Anda nak rumah anda kelihatan moden?

Atau anda nak alternatif yang lebih mudah dicuci berbanding langsir?

Mungkin anda boleh cuba untuk pasang bidai pada tingkap di kawasan tertentu dalam rumah anda.

Secara umumnya kelebihan bidai ini ialah ia tahan lasak dan tak mudah pudar. Bidai juga boleh membuatkan kawasan dalam rumah anda kelihatan clean-cut.

Bidai ini ada banyak jenisnya, jadi sebelum membeli kita perlu tahu terlebih dahulu macam mana nak beli bidai yang sesuai

Dua faktor utama dalam memilih bidai untuk rumah anda ialah fungsi/lokasi dan praktikaliti. Jom kita lihat bidai yang sesuai untuk krgunaan dan tempat yang berbeza disekeliling rumah

|      Bidai untuk ruang tamu rumah

Ruang tamu rumah merupakan tempat utama dalam rumah kerana disitu lah tempat untuk melayan tetamu dan disitu juga lah tempat untuk ahli keluarga meluangkan masa bersama.

Jenis bidai yang sesuai untuk kawasan ruang tamu rumah ini ialah Bidai Venetian. Bidai jenis ni ada diperbuat daripada pelbagai bahan seperti timber, aluminium dan PVC. Bidai ni juga ada pelbagai warna dan stail yang boleh dipadankan dengan tema ruma. Ini anda boleh pilih ikut cita rasa anda.

Kelebihan bidai Venetian ini ialah ia bagus untuk mengawal privasi dan juga pencahayaan. Seperti contoh diatas adalah pemasangan Venetian Blinds oleh Azura Curtain yang mana pelanggan mahukan konsep moden tapi masih lagi menampakkan kemewahan. Dengan pemilihan warna / colour yang betul, bukan sahaja menampakkan kemeriahan  blinds ini. Ia juga menyerikan suasana. Mungkin ramai yang berfikiran untuk menambah ceria kan meja kerja ketika ramai sedang work from home ketika ini boleh fikirkan untuk ubah suai meja kerja. Ini kerana dengan bidai ini kita boleh nampak orang di luar tetapi orang luar tak boleh melihat ke dalam kawasan rumah kita. Nak kawal cahaya yang masuk ke dalam rumah pun senang guna bidai ini.

Seeloknya, kalau nak pasang bidai ini pada kawasan yang besar seperti ruang tamu rumah kita, pilihlah yang mempunyai bilah yang besar kerana ia lebih sesuai untuk kawasan yang agak lapang. Kalau bidai kecil lebih sesuai untuk tempat yang tertutup dan kecil.

|     Bidai untuk bilik tidur

Bidai Venetian kurang sesuai kalau nak dipasang dalam bilik sebab fungsi utama bilik tidur kita adalah untuk kita rehat jadi mestilah kita nak bidai yang boleh halang cahaya sepenuhnya supaya boleh tidur nyenyak. Bidai Venetian kurang efektif untuk mengalang cahaya berbanding Bidai Roman.

Bidai Roman ialah satu bidai klasik yang diperbuat daripada fabrik. Fabrik itu anda boleh pilih ikut kesukaan anda. Tapi kalau anda pasang dalam bilik sebab anda tak nak cahaya masuk langsung , anda disarakan untuk pilih fabrik yang bewarna gelap dan boleh mengahalang cahaya masuk walaupun pada waktu siang.

|     Bidai untuk outdoor dan dapur

Sebab kebanyakan bidai adalah diperbuat daripada bahan yang kalis air, jadi bidai boleh guna untuk outdoor dan dapur.

Untuk kawasan outdoor macam balkoni, patio, gazebo atau kawasan belakang rumah, anda boleh pilih bidai kayu. Sesuai untuk tema “vintage” ataupun untuk timbulkan suasana yang tenang macam di kampung. Anda juga boleh pilih bidai patio yang kalis air untuk mengelakkan tempias hujan dari masuk ke rumah.

Untuk kawasan dapur yang biasanya terdedah kepada asap dan minyak , boleh pilih bidai yang diperbuat daripada aluminium sebab bahan ini sangat mudah untuk dibersihkan.

|      Bidai yang hanya memerlukan penjagaan minimal

Berbicara tentang “mudah”, ada satu bidai yang sangat senang untuk dijaga sebab tidak mempunyai bilah macam kebanyakan bidai yang lain.

Bidai yang disebut itu ialah bidai gulung.

Jenis bidai ni sesuai untuk mana-mana bilik di rumah. Kalau nak pasang di bilik tidur boleh pilih bidai gulung blockout yang boleh halang cahaya daripada masuk sepenuhnya dan boleh buatkan bilik tidur anda lebih sejuk.

Bidai gulung ini mudah digunakan dan dibersihkan. Tambahan lagi bidai ini boleh membuatkan kawasan rumah kita kelihatan kemas.

Kalau tingkap anda agak besar atau anda tidak suka untuk tarik tali bidai secara manual, anda boleh pasang bidai gulung yang bermotor.

|      Bidai yang sesuai sekiranya ada orang tua dan kanak-kanak di rumah

Kalau anda jenis orang yang tak suka tengok tali bidai dan tak nak tarik tali bidai secara manual, anda boleh cuba Bidai Selular.

Bidai ini ada bentuk honeycomb bertingkat sekiranya dilihat dari tepi. Disebabkan bentuk inilah bidai ini boleh menyejukkan bilik anda. Selain itu, ia juga boleh menghalang cahaya sepenuhnya yang menyebabkan bidai ini sangat sesuai untuk bilik tidur.

Sebab bidai ni tak ada tali bidai di luar, jadi ia nampak sangan moden dan minimalistic.

Dan yang paling penting sekali, bidai ini sangat ringan dan mudah untuk diangkat yang menyebabkan ianya sangat sesuai untuk rumah yang ada orang yand sudah berusia ataupun kanak-kanak.

|     Kesimpulan

Sebenarnya kita ada pilihan yang terlalu banyak untuk bidai. Azura Curtain menyediakan kepakaran untuk anda memilih bidai atau blinds idaman anda. Dengan pengalaman sejak 2015, kualiti kami amat terjamin. Tak kesah apa pun keperluan anda pasti ada bidai yang sesuai untuk memenuhi kehendak anda. Jadi pilihlah bidai mana yang anda nak berdasarkan tips yang telah diberikan tadi. Jangan risau sebab pemasangan bidai adalah proses yang mudah untuk dilakukan dan tidak akan memakan masa yang lama.

Rujukan:

  1. http://daripenahasanah.com/2020/02/21/bidai-custom-made-murah-berkualiti/
  2. https://www.youtube.com/watch?v=WA798vNvnBg&list=PLD4RmQJM87zf5_kh9RAVIkr48tp67SfFg&index=1&t=10s
  3. https://www.youtube.com/watch?v=1Ks6rmFFk3o&list=PLD4RmQJM87zf5_kh9RAVIkr48tp67SfFg&index=2