Oleh : Anis
Pernah tak anda rasa susah untuk menyiapkan pekerjaan apabila ada di rumah? Anda rasa susah sangat untuk memulakan sesuatu pekerjaan. Anda mudah terganggu dan akhirnya anda berasa kecewa kerana tak banyak pekerjaan yang anda selesaikan?
Dalam senario lain pula, pernah tak anda berada di suatu tempat yang sangat kondusif seperti ofis atau perpustakaan dan anda dapat melakukan pekerjaan anda dengan tenang? Tugasan anda selesai dengan cepat dan mudah. Inilah pentingnya suasana yang kondusif terhadap produktiviti kita.
| Sekaranglah masanya untuk mengubah suai ruang kerja anda
Suasana sekeliling kita sebenarnya banyak mempengaruhi psikologi kita untuk melakukan sesuatu. Rumah biasanya menjadi tempat untuk kita berehat. Namun , disebabkan PKP , kini tempat kerja dan tempat beristirehat kita bercampur aduk dan kita tidak dapat bekerja dan berehat secara sepenuhnya dan akhirnya kita akan berasa tertekan.
Jadi, musim PKP ini merupakan masa yang sesuai untuk kita mengubah suai ruang kerja kita supaya kita mempunyai satu tempat yang tetap dan boleh memberi inspirasi dan semangat untuk menyelesaikan kerja kita.
| Fokus utama untuk mula deco: meja dan tema
Dalam mengubah suai ruangan kerja kita meja merupakan fokus utama yang perlu diberi perhatian. Untuk memilih meja yang sesuai kita perlu mengenalpasti ruang dalam bilik kita dahulu supaya dapat mengetahui saiz yang sesuai untuk meja yang ingin dibeli. Setelah mengenal pasti saiz meja yang sesuai kita perlu mengetahui pula jenis meja yang ingin kita beli. Di pasaran terdapat pelbagai variasi meja yang boleh kita pilih.
Cara untuk kita tahu meja mana yang paling sesuai untuk kita gunakan adalah dengan menetapkan tema untuk tempat kerja kita terlebih dahulu. Inspirasi untuk memilih tema ini boleh dicari di laman media sosial seperti Pinterest. Terlalu banyak tema yang boleh kita gunakan untuk tempat kerja kita jadi pilihlah tema yang bersesuaian dengan minat dan karakter kita.
| Minimalis
Antara contoh tema yang popular ialah tema minimalis di mana meja dan hiasan adalah sederhana dan skema warna yang digunakan tidak terlalu menonjol.
Contoh subtema minimalis ini ialah monochrome, di mana hanya satu warna sahaja yang digunakan untuk meja dan hiasan. Gambar dibawah ini menunjukkan contoh tema monochrome hitam dan putih. Kedua-duanya masih memberikan aura minimalis tapi warna hitam membuatkan tempat tersebut nampak lebih elegan manakala warna putih menyebabkan tempat kerja nampak lebih cerah dan bertenaga.
| Tema Unik Geometric Origami
Ada juga tema yang unik dan menarik untuk mereka yang sukakan kelainan. Antaranya ialah tema Geometric Origami seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.
Yang menjadi tarikan untuk tema ini ialah hiasan yang digunakan untuk menjadikan sebuah meja putih kosong nampak berseri. Anda boleh DIY hiasan anda sendiri sekiranya anda mempunyai bakat dalam membuat kraf tangan. Hiasan tidak tertakluk kepada atas meja sahaja. Anda boleh menggunakan sepenuhnya permukaan dinding hadapan meja anda. Bolehlah anda melihat hiasan ini ketika merehatkan mata daripada menatap dinding kosong sahaja.
Semua bahan dekorasi yang digunakan tidak memakan kos yang mahal dan mudah didapati namun apabila disusun dengan baik ia menyebabkan suasana kelihatan elegan.
| Tema pokok dan alam
Sekiranya anda seseorang yang tidak gemar dengan tema yang moden dan anda lebih gemar unsur alam , anda boleh mengambil inspirasi daripada tema pokok dan alam untuk tempat kerja anda.
Untuk tema ini anda boleh menggunakan meja kayu dan anda boleh menghias meja anda dengan pokok hiasan. Pelbagai pokok yang boleh anda gunakan contohnya pokok lidah jin dan juga pokok lidah buaya yang kecil sesuai dengan ruangan kerja anda.
Anda juga boleh meletakkan succulents iaitu pokok-pokok comel yang kelihatan seperti kaktus. Succulents mudah dijaga dan sesuai untuk orang yang sibuk. Pokok-pokok bukan sahaja memberikan anda oksigen untuk terus melakukan kerja malah anda akan rasa lebih rileks apabila melakukan kerja.
Jika anda tidak mahu menjaga pokok anda juga boleh membeli pokok tiruan yang bersesuaian. Jangan lupa tambah dekorasi seperti lampu meja, lilin atau lukisan yang mengikut skema warna yang telah anda tetapkan.
Kesimpulan
Akhir kata, jangan takut untuk bereksperimen dengan tema yang anda ingin cuba. Masa yang anda luangkan untuk menambah baik suasana kerja anda pasti akan membawa kesan positif yang lebih besar dalam hidup anda. Ingat, pilih deco yang ringkas dan tidak keterlaluan supaya anda tidak berasa rimas ketika membuat pekerjaan.
Sumber rujukan: